Tuesday 11 February 2020





𝑲𝒆𝒔𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒋𝒂𝒓𝒂𝒉 π’šπ’‚π’π’ˆ π’‰π’‚π’Žπ’‘π’Šπ’“ π‘―π’Šπ’π’‚π’π’ˆ 𝒅𝒂𝒏 π’…π’Šπ’π’–π’‘π’‚π’Œπ’‚π’ π‘«π’Š π‘Ίπ’–π’π’ˆπ’‚π’Š π‘»π’π’π’ˆπ’Œπ’–π’“π’‚π’π’ˆπ’π’‰ 𝑲𝒐𝒕𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒖𝒅𝒖 𝑺𝒂𝒃𝒂𝒉.
Full Video YouTube Click here
Satu Bulan Yang lalu saya berpeluang untuk melawat tapak bersejarah di Daerah Kota Marudu.Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah Cerita berkenaan dengan Bekas Lombong Besi dan Arang batu yang terletak di ulu Sungai Tongkurangoh Kota Marudu.
Menurut Cerita Penduduk Sekitar yang saya temui, Lombong tersebut dibuka oleh Kolonial British Sekitar awal tahun 1900-an di bawah seliaan Sir. Herbertsing.Penerokaan lombong tersebut telah membawa kepada kewujudan landasan Keretapi di utara Sabah (Dulu2.. North Borneo), bermula dari Kawasan Kolumpisaaon (ulu sungai Tongkurangoh) sehingga ke Kg Teritipan Kota Marudu. Bagaimanapun, operasi Lombong tersebut terhenti semasa Perang Dunia Ke-2.
Menurut Cerita penduduk Sekitar, semasa lombong tersebut beroperasi 80 orang pelombong terdiri daripada orang-orang kampung, pelombong berbangsa India, Cina dan Jepun telah tertimbus di dalam lombong tersebut. manakala, Keretapi Kargo telah mengalami Kemalangan dan terjunam ke dalam Sungai Tongkurangoh. Operasi lombong tersebut tidak lagi di sambung selepas tamat Perang Dunia ke-2.
Begitulah serba sedikit cerita penduduk setempat yang saya dapat. Namun apa yang tinggal hari ini hanyalah beberapa bukti yang hampir pupus. mungkin bahan bukti yang tinggal perlu mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak yang berwajib menyimpan tinggalan sejarah.
Oh ya, bagi informasi anda semua, untuk sampai ke tapak Bekas Lombong tersebut perlu berjalan kaki selama 2 jam menyusuri sungai Tongkurangoh bermula dari Kg. Togudon ke ulu sungai Tongkurangoh. Bekas lombong tersebut terletak di kawasan yang dipanggil Kolumpisaaon.
Bagi mereka yang sukakan aktiviti Lasak, tempat tersebut amat sesuai untuk distenasi Expedisi..